DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK: HURAIKAN PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA
PERTUBUHAN OIC
NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI
NAWAWI
NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR
PENDAFTARAN
1. ANIS MAIZATUL AQILAH BINTI ABDUL
RASHID (02DGU16F1076)
2. SITI NOOR ATIAH BINTI OMAR (02DGU16F1070)
3. SITI AZILA FAZIANA BINTI AB RASID (02DGU16F1074)
4. NURUL ASHIKEEN BINTI MOHD EZUDDIN (02DGU16F1086)
5. NUR AIN SYAFIQA BINTI ALAZAMI (02DGU16F1052)
SESI JUN 2016
ISI KANDUNGAN
1.0 - PENGENALAN
2.0 - OBJEKTIF
3.0 - KEANGGOTAAN OIC
4.0 - PERANAN MALAYSIA
5.0 - SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC
6.0 - STRUKTUR INSTITUSI
7.0 - SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN OIC
10.0 - LAMPIRAN
11.0 - RUJUKAN
PENGENALAN
1.0 - PENGENALAN
2.0 - OBJEKTIF
3.0 - KEANGGOTAAN OIC
4.0 - PERANAN MALAYSIA
5.0 - SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC
6.0 - STRUKTUR INSTITUSI
7.0 - SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN OIC
8.0 - PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI LUAR OIC
9.0 - KESIMPULAN10.0 - LAMPIRAN
11.0 - RUJUKAN
PENGENALAN
Pertubuhan
Kerjasama Islam atau Organisation Of Islamic Cooperation(OIC) ialah satu
pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi
tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Organisasi ini terdiri daripada
gabungan 57 negara-negara islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari
negara-negara utara, Afrika, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan, dan Asia
Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber
mereka, bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi
kemajuan dan kebajikan umat islam di seluruh dunia.
Bahasa
rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Pada 28
Jun 2011, ia menukarkan namanya daripada pertubuhan persidangan Islam kepada
pertubuhan kerjasama Islam. Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) ditubuhkan pada
25 September 1969 bersamaan 12 Rejab 1389H bersempena persidangan dunia Islam
pertama di Rabat ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas masjid
Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para
pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan
kepentingan umat islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
OBJEKTIF
v Memupuk
perpaduan di kalangan negara anggota
v Menyelaras
kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, social, budaya,
saintifik, dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta pengatur
perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa.
v Berusaha
menghapuskan perbezaan kaum, penindasan, dan penjajahan.
v Mengambil
langkah perlu bagi menyokong usaha kearah melahirkan keamanan dan keselamatan
berasaskan keadilan.
v Meningkatkan
perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka dan
mewujudkan suasana yang mendorong kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara
anggota dengan negara lain.
KEANGGOTAAN
OIC
kini mempunyai 55 anggota iaitu Afghanistan, Albanian, Algeria, Alzerbaijan,
Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzetovia, Brunei, Burkina Faso,
Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau,
Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Lebia, MALAYSIA
(PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mosambique, Niger, Nigeria, Oman,
Pakistan, palestin, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan,
Surinam, Syria, Tajikstan, Turnisia, Turministan, Turki, Uganda, Emiriah Arab
Bersatu(UAE), Uzberkistan dan Yaman.
PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN
OIC
Malaysia
memainkan peranan yang cergas dalam aktiviti OIC. Misalnya:
v Malaysia
menghantar bantuan makanan kepada mansa perang di Bosnia Herzegonia yang
mengalami masalah akibat serangan Serb.
v Malaysia
turut menghantar sepasukan tentera ke Bosnia Herzegonia untuk memberi bantuan
kepada pasukan tentera PBB pada tahun 1994.
v Malaysia
memberi sumbangan besar kepada pembanguna Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
dengan kerjsama OIC.
v Malaysia
juga menyokong aktiviti dan pembangunan Islam(Islamic Development Bank-IDB)
sebuah pejabat wilayah di malaysia pada tahun 1995.
v Sering
menganjurkan persidangan negara-negara Islam dari semasa ke semasa. Ini adalah
usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq.
v Ogos
1988, sepasukan 15 pegawai tentera telah menyertai pasukan tentera pemerhati
PBB.
v Memberi
sokongan kepada pejuang rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasab
Palestin(Palestinan Leberation Organisation-PLO)
v Malaysia
menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan
Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983
v Menyokong
perjuangan Mujahudin Afghanistan terhadap Rejim Qabul yang dibantu tentera
Russia sejak 1978.
v Membenarkan
Mujahidin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984.
v Mengadakan
siding kemuncak OIC kesepulh diadakan di Putrajaya pada 166 hingga 19 Oktober
2003.
v Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi dipilih mengetuai OIC.
v Mengimbangkan
cadangan aturan pembayaran perdagangan berasaskan dinar emas sebagai langkah
bagi urusan perdagangan di negara anggota.
v Mengadakan
dialog dengan budaya tamadun lain
v Menggalakkan
perdagangan dan pelaburan menerusi perkongsian pangkalan data
v Meningkatkan
kerjasama negara anggota dalam teknologi maklumat.
v Penganjuran
kepada sidang antarabangsa ketiga Dialog Barat-Islam.
v Penubuhan
forum ekonomi Islam Sedunia merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan
rangkaian dalam bidang perniagaan khususnya antara negara OIC.
v Menjadi
perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
v Menganjurkan
persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002.
v Menyediakan
biasiswa untuk pelajar dari negara Islam.
v Mencadangkan
penggunaan dinar emas dalam negara seanggota.
SUMBANGAN
MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM(OIC)
Kajian
ini melibatkan pencarian maklumat mengenai sumbangan Malaysia dalam pertubuhan
persidangan islam dan negara-negara oic yang terlibat. Negara kita sering kali
menganjurkan persidangan oic dan menyokong projek seperti Bank Pembangunan
Islam. Negara kita telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan bagi
menyelesaikan konfliks Iran-Iraq melalui OIC. Pada bulan Ogos 1998, pengumuman
genjatan senjata antara Iran dan Iraq telah dibuat dengan sepasukan 15 pegawai
tentera kita menyertai pasukan tentera pemerhati PBB. Malaysia menyokong kuat
perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO).
Negara
kita pernah menjadi tuan rumah Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan
Palestin di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. Malaysia menyokong hak rakyat
Palestin untuk menentukan nasib sendiri, hak untuk sebuah negara yang merdeka
dan berdaulat. Negara kita juga memperjuangkan penyerahan tanah Arab yang
diduduki oleh Israel. Malaysia menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan
tehadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Russia sejak tahun 1979. Negara
kita membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala
Lumpur pada tahun 1984. Malaysia memperjuangkan penyelesaian politik secara
aman di Afghanistan iaitu rakyatnya harus diberi peluang untuk memilih kerajaan
mereka sendiri.
Tambahan
lagi Malaysia dalam siding pertemuannya bersama pemimpin-pemimpin negara
islam(oic) telah menyuarakan banyak persoalan. Perana Malaysia dalam menegaskan
persoalan politik ini memberikan kesan untuk menangani permasahalahan tersebut.
Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alas an untuk menghalalkan tindakan
Amerika Syarikat untuk mengambil alih dunia ini. Amerika Syarikat bersikap
talam dua muka apabila cuba menyekat pembangunan teknologi nuclear di negara
membangun, tetapi terus membiarkan kuasa-kuasa besar Perancis,
Britain,Rusia,China dan Israel meguji senjata nuklear mereka.
Hakikatnya
Amerika Syarikat bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa nuclear baru yang
dilihat berupaya mengancam kepentingan Amerika Syarikat dan Israel. Kita kesal
apabila Amerika Syarikat terus menekan Iran menggunakan isu nuclear ini. Di
Iraq sebelum inipun mereka mencadangkan kononnya Baghdad mempunyai senjata
pemusnah, tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat dibuktikan.
Dalam pada itu, kita menyuruh pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif
menyelesaikan isu-isu penindasan di palestin, Kashmir, Selatan Thai, Iraq,
Afghanistan, Lubnan, Chehnya, Bosnia dan lain-lain.
STRUKTUR INSTITUSI
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mempunyai tiga badan utama :
- Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC
- Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
- Sekretariat OIC.
SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN OIC
Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI LUAR OIC
Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.
KESIMPULAN
Malaysia
telah banyak terlibat dalam menangani isu-isu kemanusiaan di peringkat
antarabangsa. Penglibatan kita melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa berstu dalam
menangi isu peperangan dan pergolakan politik. Negara kita telah banyak kali
menghantar tentera pengaman ke negara-negara
bergolak seperti di Kongor, Angola, Somalia dan Bosnia. Selain itu kita
juga telah berusaha memperjuangkan hak asasi negara yang miskin dan lemah
daripada di tindas oleh kuasa-kuasa besar. Malahan Malaysia juga turut
mempunyai pendirian mengenai isu-isu tentang Antartika dan sumbernya yang
merupakan warisan bersama manusia. Malaysia juga menentang Dasar Aparteidyang
diamalkan oleh Kerajaan Afrika Selatan yang menafikan hak politik dan social
kepada orang kulit hitam. Begitu juga, Malaysia juga banyak memberikan bantuan
makanan, perubatan dan pakaian kepada negara miskin, bergolak dan ditimpa
bencana alam. Jelaslah bahawa Malaysia sebagai sesebuah negara di dunia ini
telah memainkan peranan kepada rakan sejagat dalam menangani isu kemanusiaan.
LAMPIRAN
RUJUKAN
1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1097-pertubuhan-persidangan-islam-oic.html
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kerjasama_Islam
3. http://lynaloveit.blogspot.my/2010/08/pertubuhan-persidangan-islam-oic.html
4.Buku Pengajian Malaysia Siri Politeknik 2016
5. https://www.bing.com/images/search?q=persidangan+oic+image&view=detailv2&id=7F0E0979DDC92D5BFA1E411870183BCE60FF7B1A&selectedindex=16&ccid=1EliHBab&simid=608044624419422670&thid=OIP.Md449621c169b49e26c772948c0239a27o0&mode=overlay&first=1
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kerjasama_Islam
3. http://lynaloveit.blogspot.my/2010/08/pertubuhan-persidangan-islam-oic.html
4.Buku Pengajian Malaysia Siri Politeknik 2016
5. https://www.bing.com/images/search?q=persidangan+oic+image&view=detailv2&id=7F0E0979DDC92D5BFA1E411870183BCE60FF7B1A&selectedindex=16&ccid=1EliHBab&simid=608044624419422670&thid=OIP.Md449621c169b49e26c772948c0239a27o0&mode=overlay&first=1