Thursday, 18 August 2016

PERANAN MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA OIC






DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK: HURAIKAN PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC

NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR PENDAFTARAN
1.     ANIS MAIZATUL AQILAH BINTI ABDUL RASHID (02DGU16F1076)
2.     SITI NOOR ATIAH BINTI OMAR                             (02DGU16F1070)
3.     SITI AZILA FAZIANA BINTI AB RASID                    (02DGU16F1074)
4.     NURUL ASHIKEEN BINTI MOHD EZUDDIN          (02DGU16F1086)
5.     NUR AIN SYAFIQA BINTI ALAZAMI                       (02DGU16F1052)

SESI JUN 2016


ISI KANDUNGAN
1.0 - PENGENALAN
2.0 - OBJEKTIF
3.0 - KEANGGOTAAN OIC
4.0 - PERANAN MALAYSIA
5.0 - SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC
6.0 - STRUKTUR INSTITUSI
7.0 - SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN OIC
8.0 - PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI LUAR OIC
9.0 - KESIMPULAN
10.0 - LAMPIRAN
11.0 - RUJUKAN


PENGENALAN

Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organisation Of Islamic Cooperation(OIC) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara utara, Afrika, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan, dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka, bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kemajuan dan kebajikan umat islam di seluruh dunia.
Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Pada 28 Jun 2011, ia menukarkan namanya daripada pertubuhan persidangan Islam kepada pertubuhan kerjasama Islam. Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 bersamaan 12 Rejab 1389H bersempena persidangan dunia Islam pertama di Rabat ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.


OBJEKTIF
v  Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota
v  Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, social, budaya, saintifik, dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta pengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa.
v  Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan, dan penjajahan.
v  Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kearah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan.
v  Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka dan mewujudkan suasana yang mendorong kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota  dengan negara lain.

KEANGGOTAAN


OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu Afghanistan, Albanian, Algeria, Alzerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzetovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Lebia, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mosambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, palestin, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Turnisia, Turministan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu(UAE), Uzberkistan dan Yaman.

  
PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN OIC


Malaysia memainkan peranan yang cergas dalam aktiviti OIC. Misalnya:
v  Malaysia menghantar bantuan makanan kepada mansa perang di Bosnia Herzegonia yang mengalami masalah akibat serangan Serb.
v  Malaysia turut menghantar sepasukan tentera ke Bosnia Herzegonia untuk memberi bantuan kepada pasukan tentera PBB pada tahun 1994.
v  Malaysia memberi sumbangan besar kepada pembanguna Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan kerjsama OIC.
v  Malaysia juga menyokong aktiviti dan pembangunan Islam(Islamic Development Bank-IDB) sebuah pejabat wilayah di malaysia pada tahun 1995.
v  Sering menganjurkan persidangan negara-negara Islam dari semasa ke semasa. Ini adalah usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq.
v  Ogos 1988, sepasukan 15 pegawai tentera telah menyertai pasukan tentera pemerhati PBB.
v  Memberi sokongan kepada pejuang rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasab Palestin(Palestinan Leberation Organisation-PLO)
v  Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983
v  Menyokong perjuangan Mujahudin Afghanistan terhadap Rejim Qabul yang dibantu tentera Russia sejak 1978.
v  Membenarkan Mujahidin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984.
v  Mengadakan siding kemuncak OIC kesepulh diadakan di Putrajaya pada 166 hingga 19 Oktober 2003.
v  Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipilih mengetuai OIC.
v  Mengimbangkan cadangan aturan pembayaran perdagangan berasaskan dinar emas sebagai langkah bagi urusan perdagangan di negara anggota.
v  Mengadakan dialog dengan budaya tamadun lain
v  Menggalakkan perdagangan dan pelaburan menerusi perkongsian pangkalan data
v  Meningkatkan kerjasama negara anggota dalam teknologi maklumat.
v  Penganjuran kepada sidang antarabangsa ketiga Dialog Barat-Islam.
v  Penubuhan forum ekonomi Islam Sedunia merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang perniagaan khususnya antara negara OIC.
v  Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
v  Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002.
v  Menyediakan biasiswa untuk pelajar dari negara Islam.
v  Mencadangkan penggunaan dinar emas dalam negara seanggota.   



SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM(OIC)

Kajian ini melibatkan pencarian maklumat mengenai sumbangan Malaysia dalam pertubuhan persidangan islam dan negara-negara oic yang terlibat. Negara kita sering kali menganjurkan persidangan oic dan menyokong projek seperti Bank Pembangunan Islam. Negara kita telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan bagi menyelesaikan konfliks Iran-Iraq melalui OIC. Pada bulan Ogos 1998, pengumuman genjatan senjata antara Iran dan Iraq telah dibuat dengan sepasukan 15 pegawai tentera kita menyertai pasukan tentera pemerhati PBB. Malaysia menyokong kuat perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO).

Negara kita pernah menjadi tuan rumah Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. Malaysia menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, hak untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Negara kita juga memperjuangkan penyerahan tanah Arab yang diduduki oleh Israel. Malaysia menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan tehadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Russia sejak tahun 1979. Negara kita membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984. Malaysia memperjuangkan penyelesaian politik secara aman di Afghanistan iaitu rakyatnya harus diberi peluang untuk memilih kerajaan mereka sendiri.

Tambahan lagi Malaysia dalam siding pertemuannya bersama pemimpin-pemimpin negara islam(oic) telah menyuarakan banyak persoalan. Perana Malaysia dalam menegaskan persoalan politik ini memberikan kesan untuk menangani permasahalahan tersebut. Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alas an untuk menghalalkan tindakan Amerika Syarikat untuk mengambil alih dunia ini. Amerika Syarikat bersikap talam dua muka apabila cuba menyekat pembangunan teknologi nuclear di negara membangun, tetapi terus membiarkan kuasa-kuasa besar Perancis, Britain,Rusia,China dan Israel meguji senjata nuklear mereka.

Hakikatnya Amerika Syarikat bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa nuclear baru yang dilihat berupaya mengancam kepentingan Amerika Syarikat dan Israel. Kita kesal apabila Amerika Syarikat terus menekan Iran menggunakan isu nuclear ini. Di Iraq sebelum inipun mereka mencadangkan kononnya Baghdad mempunyai senjata pemusnah, tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu, kita menyuruh pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif menyelesaikan isu-isu penindasan di palestin, Kashmir, Selatan Thai, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chehnya, Bosnia dan lain-lain.



STRUKTUR INSTITUSI
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mempunyai tiga badan utama :
  • Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC
  • Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
  • Sekretariat OIC.


SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA DAN KERAJAAN OIC

          Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.


PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI LUAR OIC

          Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.


KESIMPULAN         


Malaysia telah banyak terlibat dalam menangani isu-isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Penglibatan kita melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa berstu dalam menangi isu peperangan dan pergolakan politik. Negara kita telah banyak kali menghantar tentera pengaman ke negara-negara  bergolak seperti di Kongor, Angola, Somalia dan Bosnia. Selain itu kita juga telah berusaha memperjuangkan hak asasi negara yang miskin dan lemah daripada di tindas oleh kuasa-kuasa besar. Malahan Malaysia juga turut mempunyai pendirian mengenai isu-isu tentang Antartika dan sumbernya yang merupakan warisan bersama manusia. Malaysia juga menentang Dasar Aparteidyang diamalkan oleh Kerajaan Afrika Selatan yang menafikan hak politik dan social kepada orang kulit hitam. Begitu juga, Malaysia juga banyak memberikan bantuan makanan, perubatan dan pakaian kepada negara miskin, bergolak dan ditimpa bencana alam. Jelaslah bahawa Malaysia sebagai sesebuah negara di dunia ini telah memainkan peranan kepada rakan sejagat dalam menangani isu kemanusiaan. 


LAMPIRAN













Flag of OIC.svg



RUJUKAN

1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1097-pertubuhan-persidangan-islam-oic.html

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kerjasama_Islam

3. http://lynaloveit.blogspot.my/2010/08/pertubuhan-persidangan-islam-oic.html

4.Buku Pengajian Malaysia Siri Politeknik 2016
5. https://www.bing.com/images/search?q=persidangan+oic+image&view=detailv2&id=7F0E0979DDC92D5BFA1E411870183BCE60FF7B1A&selectedindex=16&ccid=1EliHBab&simid=608044624419422670&thid=OIP.Md449621c169b49e26c772948c0239a27o0&mode=overlay&first=1





No comments:

Post a Comment